Friday 12 April 2013

Tazkirah Bersama Ustaz Nur Salam Al Hafiz

Semalam saya menghadiri program Tazkirah Bersama Ustaz tersohor Nur Salam Al-Hafiz di Surau Haji Hashim,  Bukit Kecil, Sungai Pinang,  Balik Pulau. 

Walau siapa, sesibuk mana dan apapun pangkat kita di dalam masyarakat, pencarian ilmu adalah penting dan menjadi kewajipan. 








Ustaz Nur Salam mengupas ayat 96 dari surah Al A'raf:

وَلَو أَنَّ أَهلَ القُرىٰ ءامَنوا وَاتَّقَوا لَفَتَحنا عَلَيهِم بَرَكٰتٍ مِنَ السَّماءِ وَالأَرضِ وَلٰكِن كَذَّبوا فَأَخَذنٰهُم بِما كانوا يَكسِبونَ ﴿٩٦﴾(96) Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

No comments:

Post a Comment