Profail Calon


Biografi ringkas Hj Mohd Tuah Ismail

 


LATARBELAKANG
Hj Mohd Tuah ketika berusia 15 tahun

Anak kelahiran Balik Pulau ini telah diputerakan pada tarikh bersejarah 9 Ogos 1966 hasil perkongsian pasangan Siti Halijah Bt Md.Zain berasal dari Kampung Perlis dan Ismail B. Othman berasal dari Kampung Titi Teras. Ayah beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika beliau berumur 12 tahun. Manakala dituruti pula pemergian bonda kepangkuan Ilahi ketika berusia 20 tahun.

Tahun 1991 menjadi detik bersejarah beliau apabila dipertemukan dengan Mazilah Bt Ismail yang berasal dari Telok Bahang dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak sulung lelaki kini masih menuntut di Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) manakala anak ke2 perempuan kini menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir.
Hj Mohd Tuah bersama keluarga tercinta

PENDIDIKAN
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Titi Teras Balik Pulau (1973 – 1979). Kemudian peringkat menengah di Sekolah Men Seri Balik Pulau (1980 -1985). Akhirnya Meneruskan pengajian keperingkat Diploma Pengajian Islam. AIM( 1986-1987)

TOKOH REMAJA DAN BELIA

Hj Mohd Tuah tidak melupakan kehendak golongan remaja,
sebagaimana yang dilalui ketika usia remaja

Selain pernah mewakili sekolah peringkat rendah & menengah ke Majlis Ujian Tilawah ke Peringkat Negeri, beliau juga aktif dalam sukan bola sepak sebagai penjaga gol.  Semasa Remaja mewakili Pasukan Bola sepak Sekolah , Persatuan Belia  Titi Teras , Pasukan NGO JIM P.Pinang dan Kelab Shotting Star Penang.
Zaman belia aktif memimpin Persatuan Belia Titi Teras. Peringkat awal 1985 telah dipilih sebagai AJK kemudian pada 1987 dilantik sebagai Bendahari dan 1989 di pilih sebagai YangDiPertua Persatuan Belia Titi Teras.

TOKOH AGAMA
Beliau telah menjadi Imam dan Khatib di Masjid An-Nur Titi Teras mulai dari tahun 1992 sehingga kini disamping menjadi penceramah agama dan motivasi. Dalam bidang pendidikan, beliau menjadi Ahli Lembaga Sekolah Agama Titi Teras (Madrasah An-Nahdzhah As-Shuun Ad-Dinianiah) dan merupakan Pengerusi Biro Pendidikan Masjid An-Nur Titi Teras. Malah beliau juga Setiausaha Kerja Akademi Upaya Rakyat  atau Kelab AURA (2010)

TOKOH MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN
Hj Mohd Tuah ketika menziarahi Ustaz Subri Arshad yang menjalani pembedahan

Beliau yang sememangnya meminati kerja-kerja kemasyarakatan sering meletakkan dirinya sentiasa dekat di hati masyarakat.

Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Kemajuan Dan Komuniti Titi Teras, Balik Pulau (JKKK) sejak tahun 2008, telah membolehkan beliau menabur bakti kepada masyarakat setempat di Balik Pulau sehingga berjaya dianugerahkan JKKK Tebaik Pulau Pinang tahun 2010. Malah kegiatan dan permasalahan rakyat yang diselesaikan telah mendapat liputan di dada akhbar-akhbar tempatan.
Mesra berkebajikan menjalakan tugas dan amanah sebagai pegawai penyelaras kadun Pulau Betong


Khidmat bakti atau jasa beliau terhadap masyarakat telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Tuan Yang Terutama  Negeri Pulau Pinang.
Kini, beliau memikul amanah sebagai Pegawai Penyelaras KADUN Pulau Betong sejak Februari 2011.
Pun begitu, beliau juga aktif dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti YangDipertua NGO JIM Barat Daya (1992), Pengerusi Kebajikan & Dakwah NGO IKRAM Barat Daya (2010) dan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Kg Titi Teras (2012).

Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti, penglibatan beliau dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut diiktiraf kerana dilantik sebagai Setiausaha cabang Balik Pulau

Begitulah antara rentetan hidup Tuan Hj Mohd Tuah dalam membantu mereka di luar sana yang sangat memerlukan sentuhan ikhlas dari insan-insan sepertinya.

No comments:

Post a Comment