Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Saturday, 4 May 2013

UBAH...UBAH...UBAH

Pecutan terakhir menemui pengundi-pengundi sekitar kampung Titi Teras bagi membawa agenda perubahan untuk membela rakyat. Masyarakat sekitar telah memberikan respon yang positif kepada calon. Gerak gempur turut masuk ke kubu kuat BN tanpa mengira fahaman politik bagi mendengar permasalahan rakyat.
-Mesra Berkebajikan
Setiap yang lalu tidak akan terlepas



Tidak kira fahaman politik
Senyuman sentiasa terukir di bibir


Ini Kalilah

Agenda perubahan hingga ke meja kopi

Setiap rakyat mesti dibela

Setiap ceruk dilalui


5/5 Kita buat perubahan


Berusaha &  bertawakkal, insyAllah kemenangan milik kita




Thursday, 2 May 2013

Temui Pengundi

Mengembur habis habisan di Kampung Paya Kongsi.






















Cermah kelompok



Sebuah Perjuangan

Sebuah perjuangan ke arah ingin membawa perubahan ke dalam masyarakat Pulau Betong.

Wednesday, 1 May 2013

Terjun Ke Tengah Masyarakat

Sempena cuti 1 Mei hari Pekerja, operasi meneladani masyarakat diteruskan  bagi mendengar isi hati rakyat disamping rayuan undi untuk calon Pakatan Rakyat. Diantara kawasan yang digempur adalah Pondok Upeh, Titi Teras & Pulau Betong. Setiap lapisan masyarakat tidak mengira bangsa, agama & umur diberi perhatian untuk memastikan perubahan yang positif & kemenangan untuk Dun Pulau Betong
- Mesra Berkebajikan



















Tuesday, 30 April 2013

Komited Ke Arah Negeri Berkebajikan 
- Tawaran untuk masyarakat Pulau Betong

Saturday, 27 April 2013


"Ini Kalilah"
Sesi bertemu masyarakat Pondok Upeh N39 Pulau Betong bersama Tuan Hj Bakhtiar calon pakatan P53 Balik Pulau. Terima kasih atas sokongan semua, bersama sama kita dokong calon pakatan harapan rakyat - Mesra Berkebajikan




Bertemu di Pasar Malam

Mengadakan lawatan ke pasar malam pekan Kongsi bertemu para peniaga & pengunjung. Sokongan yang mantap daripada masyarakat Balik Pulau terhadap calon Pakatan Rakyat

 - Mesra Berkebajikan
Ini kalilah - UBAH


Thursday, 25 April 2013

Menyentuh Hati Pengundi

Menemui pengundi di kampung Perlis bersama calon parlimen Balik Pulau Tuan Haji Bakhtiar. Berjalan dari rumah ke rumah untuk beramah mesra dengan penduduk setempat sambil mendengar luahan isi hati.
Kedua-dua calon sedia memberi khidmat bakti kepada masyarakat Pulau Betong dan Balik Pulau - Mesra Berkebajikan 

Menyentuh hati pengundi

Jalan tetap jalan, lawan tetap lawan

Wednesday, 24 April 2013

Rumah ke Rumah

Lawatan dari rumah ke rumah menemui pengundi di sekitar Pulau Betong. Hadir bersama ialah calon parlimen Balik Pulau Tuan Hj Bakhtiar beramah mesra dengan penduduk disamping mendengar permasalahan mereka yang memerlukan pembelaan - Mesra Berkebajikan.






Sunday, 21 April 2013

Langkah Bermula - Bersama Masyarakat India Balik Pulau

BALIK PULAU, 21 April - Mendekati dan meladani masyarakat India Balik Pulau bertempat di Pondok Upeh. Majlis turut disertai calon Parlimen Balik Pulau, Hj Muhammad Bakhtiar serta pimpinan masyarakat India. Pakatan Rakyat prihatin akan masalah & kehendak setiap lapisan masyarakat.




Saturday, 20 April 2013

Gendang Dipalu

Balik Pulau, 20 April - Proses penamaan calon berlangsung dengan lancar hari ini dengan menyaksikan pertembungan 1 lawan satu untuk Dun Pulau Betong diantara calon PKR Hj Mohd Tuah dengan Hj Muhammad Farid daripada BN.

Pendukung & penyokong Pakatan Rakyat berkumpul seawal 8 pagi di perkarangan Masjid Daerah Balik Pulau dimulai dengan solat hajat secara berjemaah.  Perarakan calon bermula daripada Masjid Daerah ke pusat penamaan bertempat di Kompleks Sukan Balik Pulau. Kemeriahan perarakan diwarna warni dengan baju bergambar calon serta kibaran bendera parti komponen. Kertas pencalonan Hj Mohd Tuah diterima pada pukul 9.20 pagi. 

Pengumuman daripada SPR megenai calon yang bakal bertanding dimaklumkan sekitar 12.30 ptg. Calon keluar daripada pusat penamaan sekitar jam 12.45 ptg dan terus bergerak kearah perhimpuanan. Hj Mohd Tuah berterima kasih kepada semua pendukung & penyokong yang sanggup hadir memberikan sokongan dan meminta setiap jentera bekerja keras untuk memastikan kemenangan sehingga ke Putrajaya.
Berkumpul di Masjid Daerah Balik Pulau
Perarakan calon ke pusat penamaan
Pendukung & Penyokong daripada PKR, PAS & DAP
Setia menunggu dari pukul 9 pagi hingga 1 ptg

Calon-calon keluar daripada pusat penamaan
Memberikan ucapan semangat

Berkumpul mendengar amanat calon
Berdoa kepada Allah untuk pertolongan & kemenangan
Bersama Dato Abdul Halim, Hj Bakhtiar & Cikgu Asnah